PROFIL PD

PROFIL PERPUSTAKAAN DESA GUAR GAJAH


NAMA PERPUSTAKAAN         :  PERPUSTAKAAN DESA GUAR GAJAH

ZON PERPUSTAKAAN DESA : R5 (ZON5 NEGERI PERLIS)

ALAMAT PERPUSTAKAAN    : PERPUSTAKAAN DESA GUAR GAJAH, JALAN PADANG                                                               NYU, 02600 ARAU PERLIS 

PARLIMEN                            :  ARAU

DUN                                       :  PAUH N11

TAHUN DITUBUHKAN           :   2003

BIL. KAMPUNG SEKITAR      :   3

ANGGARAN POPULASI         :   850



MAKLUMAT TENTANG PD GUAR GAJAH


Perpustakaan Desa Kampung Guar Gajah dibuka kepada umum pada Januari 2003. Terletak hanya 5 kilometer dari pekan Arau iaitu bandar diraja, dalam Kawasan Parlimen Arau iaitu Yb Ismail Bin Kassim, dan dibawah Dewan Undangan Negeri Pauh N11, iaitu Yb Tuan Azlan Bin Man. Perpustakaan ini berperanan sebagai gedung ilmu dalam pencarian maklumat dan bahan bacaan kepada masyarakat setempat. Dahulunya dikenali sebagai Perpustakaan Desa Siber Ilmu Kampung Guar Gajah. Kedudukan perpustakaan ini agak strategik memandangkan ianya berdekatan dengan institusi pengajian tinggi seperti UITM, Kolej Matrikulasi, Kolej Vokasional, sekolah-sekolah dan tadika-tadika, disamping taman-taman perumahan dan dewan orang ramai. Dengan keluasan dalamannya 30 kaki × 40 kaki persegi, ianya dapat memuatkan lebih banyak bahan bacaan dan menjadikan ruang yang luas untuk keselesaan pengguna. Pada bulan Januari 2015, perpustakaan ini menerima peralatan iPlay Toy Library yang dipindahkan dari Perpustakaan Cawangan Pekan Arau, akan tetapi ianya tidak boleh dibuka untuk keguanaan pengguna lagi kerana barang-barang tersebut masih dalam penyelenggaraan.

  •   Latarbelakang Penduduk

   
    Anggaran Jumlah penduduk Kampung Guar Gajah adalah seramai 800 orang yang terdiri daripada 96 peratus Melayu dan 4 peratus Cina, Siam dan lain-lain. Antara pekerjaan penduduk adalah kakitangan awam, peniaga, buruh dan bekerja sendiri.Terdapat juga kampung-kampung yang berdekatan iaitu Kampung Alor Ara, Kampung Gial, Kampung Guar Lepai, Taman Bersatu, Taman Padang Nyu dan Taman Guar Gajah. 



  •   PERKIDMATAN YANG DISEDIAKAN

                *      Perkhidmatan rujukan
                *      Perkhidmatan pinjaman
                *      Perkhidmatan akhbar/majalah
                *      Perkhidmatan untuk kanak-kanak dan remaja
                *      Kelab membaca Sinar pintar
                *      Perkhidmatan internet
                *      I-play toys

No comments:

Post a Comment