PENGENALAN

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.

  • Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih bagi yang terlibat dalam usaha membangunkan perpustakaan desa. Penubuhan Perpustakaan Desa adalah satu usaha kerajaan untuk memluaskan rangkaian perkhidmatan perpustakaan kepada masyarakat luar Bandar. Melalui cara ini diharap dapat merapatkan jurang ilmu dan digital dikalangan penduduk di luar Bandar. Di damping itu, ianya bertujuan untuk  memupuk minat membaca dan mencintai ilmu serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat di desa. Negeri perlis terdapat 37 buah Perpustakaan Desa Negeri dan 18 buah adalah perpustakaan Desa PNM di bawah projek Khas. Projek pembinaan Perpustakaan Desa ini dibiayai melalui peruntukan khas belanja mengurus Kerajaan Persekutuan tahun 2005,2006 dan 2007. Negeri Pelis telah memperoleh sebanyak 5 buah perpustakaan desa di bawah projek khas untuk tahun 2005, 11 buah untuk tahun 2006 dan 2 buah untuk tahun 2007.


OBJEKTIF PERPUSTAKAAN DESA

  • menyediakan sumber maklumat pelbagai bentuk dan perkhidmatan perpustakaan bagi memenuhi keperluan ahli masyarakat.
  • memberi akses kepada pelbagai bentuk ilmu dan maklumat kepada semua lapisan masyarakat dalam aspek pembelajaran, pembangunan diri, kemajuan sosial dan ekonomi masyarakat.
  • memanfaatkan masyarakat setempat dan dapat menggalakkan budaya embaca serta menangani jurang ilmu dan digital di kalangan masyarakat.
  • menggalakkan penyebaran maklumat kepada masyarakat.
  • berperanan sebagai satu tempat perjumpaan orang ramai untuk melakukan aktiviti sosia supaya mengukuhkan perpaduan. 

MISI

  • Perpustakaan Desa ditubuhkan untuk menyediakan infrastruktur maklumat ke rah pembinaan tamadun ilmu di kalangan masyarakat awam. Penyediaan sumber maklumat terkeadapan agar dapat berada standing dengan bangsa yang maju di alaf akan datang.


VISI
  • "Memperkasakan Penyampaian Sumber Maklumat Berkualiti Melalui Perkhidmatan Perpustakaan Bagi Membentuk Masyarakat Berilmu Pengetahuan".







No comments:

Post a Comment